Jumaat, 27 Jun 2014

Terharu =,=

sorry la sebab tak update
sejak beberapa hari ni aku tidak sihat..
hari khamis tu adalah makan-makan yang kitaorang buat kat kelas
sebab nak sambut puasa
wah,tahun nie betul-betul mengembirakan
di samping kawan-kawan tersayang
walaupun tahun nie SPM
ke"enjoy"an kami tak pernah berubah
yang kami tahu
makan,makan,makan dan makan
sahabatku,terima kasih kerana beri aku rasa yang indah ini
aku mungkin takkan jumpa lagi sahabat sebaik korang semua
bukan kerana permintaan aku,allah yang pertemukan kita semua
untuk menjadi sahabat
aku terharu sangat atas layanan korang pada aku
jasa korang mungkin tak dapat aku lupakan
terima kasih datang rumah aku
ambil berat pasal aku
sanggup tunggu aku keluar dari kelas sebab nak balik sama-sama
pergi pekan rabu dan balik naik bas sama-sama
mengajar aku yang malas belajar ni
selalu share pasal benda yang aku suka
bergurau dengan aku
dan selalu tegur aku walupun kat mana-mana

sesungguhnya aku sayang korang kerana allah
tiada persengketaan di antara kita kerana
kasih sayang antara kita terbina kerana Allah

aku minta maaf kerana banyak menyusahkan korang
membuatkan korang rimas,sakit hati atau apa-apa
yang aku buat tak kena
bukan niat aku nak lambat-lambatkan permohonan maaf ni
tapi aku risau kalau
aku minta maaf awal-awal
aku akan lebih banyak buat dosa kat korang
(rasa macam nak nangis dah =,=)

kalaulah aku diberi pilihan antara korang dan kekasih
aku lebih rela hilang kekasih sebab
kekasih tak mampu bagi rasa kasih dan sayang
sebagaimana seorang sahabat lakukannya
iaitu korang
 
sayang korang,
Asilah
Umi
Shahirah
Naemah
Azura
Ma
Aimie
 

Ahad, 22 Jun 2014

Cinta Gila

aku sebenarnya tak tahu apa yang aku nak tulis..
just tulis ikut mood semasa sajalah..
ladi nilah moodnya..
HAPPY
sebab semalam Ma Suhairah suruh aku download something
mula-mula aku tengok kat tab dia
macam best je
jadi balik-balik tu terus aku download kat app store
oleh sebab lama bebenar nak menunggunya
aku pun tertidur sekejap
(siap mimpi lagi)
lepas terjaga,nasib baik dah siap download
kalau tidak nak cari nahas dengan aku..
aku pun try la app tu
best giler..
apps dia ~My Dol
Sebab ada artist je..
Aku download pun sebab ada seseorang yang aku suka
(aku rasa semua orang pun dah tahu siapa dia)
jadi tak payah menyemak nak tulis..
yang paling best ada kata-kata tu la..
walaupun kata-kata itu hanyalah rekaan oleh pembuatnya
tapi aku tak henti-henti senyum bila tengok phone
yang pastinya
"Aku dah jatuh cinta dengan kata-kata lelaki di lock screen phone aku"
memang gila..
ayat tak leh blah je..
lantak la orang nak cakap aku gila ke hapa..
yang pentingkan aku happy..
 salah ke aku mengejar orang yang aku suka?
walaupun mungkin itu mustahil
kerana dalam kamus hidup aku tak ada makna putus asa
janji ada usaha..hehe
(tah apa benda yang aku merepek kerepek ni)
korang paham-paham je la kegilaan aku
dan
tolonglah doakan aku..
kadang-kadang aku tak nak cakap pasal dia depan korang
aku tahu korang pon meluat dengar aku merepek nak pergi ke Korea jumpa dia..
mungkin bagi korang itu mustahil bagi korang
tidak bagi aku..
kan kata-kata itu satu doa
sebab tu aku banyak merepek pasal aku dan dia
harap korang mengerti..
tiada pun niat dia hati ini nak belagak atau apa
aku cuma nak apa yang aku inginkan
dan aku nak dia

"Choi Seung-Hyun,please come to my arms"
haha(kelakar la) 

Selasa, 17 Jun 2014

2014

2014 mungkin membawa banyak erti dalam hidup aku
Cericerita 2014 akan aku kenang sampai bila-bila
Biarpun tahun inilah tahun terakhir aku sebagai murid sekolah menegah
namun perjalanan aku masih belum terhenti selagi nyawa dikandung badan
moga-moga tahun ini aku dapatlah menjadi pelajar cemerlang SPM 
walaupun aku bukanlah pelajar yang ada muka di dinding pelajar target
sebenarnya kemalasan aku membuatkan aku meninggalkan blog ini tanpa kata-kata
namun aku masih akan terus menulis di dalam blog ini
sebab blog ni la jiwa aku..
diharapkan kita semua akan berjaya dalam SPM2014
dan menjadi pelajar cemerlang insyaallah..

do the best,
#NurShahirah
#Asilah
#UmiAnisNatrah
#RaudatunNaemah
#NurAzura
#NorAimie
#MaSuhairah
#NurAnis
#dan sesiapa yang mengenali diri ini ~